Sunday 21 October 2012

Rancangan Pengajaran Harian (Objektivisme)



Unit Nombor Bulat – Sifir 6, 7, 8 dan 9

Tarikh/ Hari     : 06.04.2012 / Jumaat                        Masa    : 4.55pm – 5.25pm                Kelas               : 3 Hijau                                          Bilangan Pelajar : 34 orang       
Tajuk               : Unit Nombor Bulat – Sifir 6, 7, 8 dan 9
Objektif           : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat melakukan pendaraban sifir 6,7,8 dan 9 melibatkan nombor 4 digit      .
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid pernah mempelajari mengenai pendaraban nombor bulat ketika berada di Tahun 2.
Konsep            : Pendaraban sehingga 4 digit nombor tanpa dan dengan pengumpulan.
Bahan              : Buku Teks dan Persembahan Sifir dalam Powerpoint.
Nilai                 : Kerjasama dan Mendengar Arahan
Kemahiran      : Mengira dan Menulis

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi 
(4 minit)
Ulangkaji
Ulangkaji
1. Guru memberikan pelajar beberapa soalan mengenai fakta-fakta asas pendaraban.
Contoh: 46 x 6 = ______
2. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan.


Langkah 1
(8 minit)
Mendarab nombor sehingga empat digit dengan nombor 6, 7, 8 atau 9 tanpa atau dengan mengumpul semula.

1. Guru menunjukkan soalan kepada pelajar dan membimbing pelajar cara menjawab yang betul.
1.    52 x 6 =
2.    75 x 8 =
3.    64 x 7 =
Guru juga menggunakan bentuk lazim.
2. Guru menulis beberapa soalan di papan tulis dan meminta seorang murid datang ke depan untuk menjawab.


Langkah 2
(15 minit)
Aktiviti individu
Guru memberi lembaran kerja kepada murid berbentuk soalan aplikasi sifir dalam kehidupan seharian dan meminta mereka untuk menyelesaikan jawapannya dalam masa 12 minit. Murid melakukan pendaraban secara kiraan bentuk lazim.

Lembaran kerja
Penutup
(3 minit)
Kesimpulan
Guru menekankan agar murid menggunakan bentuk lazim semasa menyelesaikan pendaraban nombor.


No comments:

Post a Comment